Friday 11 November 2011

Sejarah SAMNI

Sekolah Agama Menengah Nurul Iman terletak di antara Mukim Petaling dan Mukim Klang. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah ini pada asalnya adalah sebuah pondok pengajian yang telah diasaskan oleh seorang pendakwah bebas. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali dengan nama “Raudah Attarbiyyah Nurul Iman (Taman Pendidikan Nurul Iman-TPNM).

Pada 15 Disember 2003, TPNM kemudiannya, telah ditukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Nurul Iman apabila pentadbiran dan pengurusan sekolah diambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pihak JAIS telah menempatkan 3 orang kakitangannya iaitu Pengetua; Tn. Hj. Mohamad Asimoni B. Hj. Ehsan, Guru Penolong Kanan Akademik; En. Mhd Shuib B. Saimin dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Pn. Hjh. Anizah Bt. Ayob untuk menyusun Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah yang baru.

7 Januari 2004, seramai 36 orang murid baru telah mendaftar dan kelas yang diwujudkan pada ketika itu hanya 7 buah sahaja dan tiada prasarana seperti pusat sumber, makmal sains dan bengkel KHB. 


Pada 24 Disember 2005, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan kesemua 23 buah sekolah agama menengah di Negeri Selangor termasuk SAMNI, diserap ke KPM yang kemudiannya dikenali sebagai kolompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM.


Rentetan daripada MoU tersebut, SAMNI, sedikit demi sedikit mula menerima bantuan bagi membina prasarana-prasarana seperti pusat sumber, makmal sains dan bengkel KHB. 


Tahun 2008, operasi pembinaan bangunan baru telah bermula. Bangunan baru yang telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2010 ini terdiri daripada 2 buah blok 3 tingkat dan menyediakan premis seperti pejabat, bilik guru, makmal sains, bengkel KHB, bilik gerakan, bilik kaunseling, dan bilik BOSS.


1 Januari 2011, bangunan baru sekolah, sedia untuk digunakan. Bangunan baru ini telah membolehkan SAMNI menerima lebih bilangan murid dan guru. Kini, SAMNI mempunyai enrolment murid seramai 487 (sehingga Nov 2011) dan terdapat seramai 45 orang guru (sehingga Dis 2011) dan diterajui oleh Pn. Hjh. Asmawati binti Ahmad Ishak iaitu Pengetua ketiga berkhidmat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (01 Julai 2011 - kini) setelah menggantikan Hj. Samsori bin Yosok (Julai 2007 - Julai 2011).



1 comment:

  1. salam kunjungan, sedikit pembetulan ye? Taman Pendidikan Islam Nurul Iman (TPINI). terima kasih...

    ReplyDelete

Recent Posts