Wednesday, 19 December 2012

BONDA & KEPUTUSAN PMR 2012

Pn. Pengetua, Hjh Junainah bertudung merah diapit oleh GPK Kurikulum, Pn Kalsum 
dan GPK HEM, Hjh Anizah.

Pengetua SAMNI ke-4, Pn. Hajah Junainah bt Yaacob telah turut hadir ke Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan PMR pagi tadi. Dalam ucaptamanya, Pn Hajah Junainah menyatakan rasa bangga terhadap keputusan peperiksaan PMR dimana 30 daripada 111 calon memperolehi 7A - 9A. Beliau juga telah turut menyerahkan slip keputusan peperiksaan kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR 9A, 8A dan 7A.
Kehadiran beliau sememangnya telah menaikkan semangat warga pendidik dan anak-anak SAMNI terutamanya... TERIMA KASIH BONDA!!

 Ibu bapa turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak

Pelajar-pelajar tidak sabar menunggu keputusan diumumkan

No comments:

Post a Comment

Recent Posts