Saturday 24 August 2013

Karnival Kokurikulum, 2013




Tarikh
24 Ogos 2013 (Sabtu)

Masa
7.40 pagi hingga 4.30 petang

Tempat
SAM NURUL IMAN


Hari Karnival Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa aktiviti yang dianjurkan antaranya seperti jualan gerai, pertandingan sukan/permainan, kawad kaki, dan permainan sukan rakyat. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan.




No comments:

Post a Comment

Recent Posts